CWP Inspirations (Malaysia) - Maintainer

 

Diabetes Hypertension, High cholesterol Slimming OSA Hormone Imbalance Pre-alert Maintainer

 

 

Badrul Ihsan B Mahidin

Before weight : 95.3kg

Current weight : 62kg

Year : 2015

 

Consultant: Julie Tang

 

 

Nama saya Badrul Ihsan b. Mahidin, berumur 53 tahun dan bertugas sebagai seorang pendidik. Satu perubahan besar yang telah berlaku dalam hidup saya sejak September 2013. Di zaman persekolahan dahulu saya juga mewakili pasukan sekolah dalam acara olahraga dan hoki. Semasa menuntut di kolej saya meneruskan aktiviti sukan dan berjaya mewakili kolej dalam sukan hoki dan ragbi.

 

Semua itu berlaku 30 tahun dahulu dan apabila saya mula bertugas sebagai seorang pendidik semuanya seakan-akan berakhir.  Walaupun subjek yang saya ajar adalah  berkaitan dengan aktiviti fizikal tetapi tidak lebih daripada kata pepatah orang muda çakap tak serupa bikin’ atau dalam bahasa Inggeris ‘ not walking the talk … not practicing what one’s is teaching’.

 

Melalui amalan gaya hidup yang kurang sihat, berat badan saya telah naik mendadak daripada 60kg kepada 85kg meskipun belum menjangakau usia 40 tahun pada ketika itu. Kemuncak pertambahan berat badan saya ialah sekitar awal tahun 2006 hingga 3 September 2013 berat badan saya mencapai 95.3kg.  Sepanjang 20 tahun belakangan ini, masalah berat badan ini telah menyebabkan saya berasa kurang selesa dari segi semua aspek seperti pemilihan pakaian terutama seluar dan juga penampilan saya di khalayak.

 

Selepas perayaan Aidilfitri 2013 yang lalu, saya mengalami demam yang agak teruk. Walaupun tidak dimasukkan ke wad tetapi saya terlantar di rumah selama 4 hari. Ini adalah satu keadaan yang luar biasa bagi saya, kerana sepanjang lebih kurang 32 tahun saya bertugas sebagai seorang pendidik, saya tidak pernah mengambil cuti sakit lebih daripada 1 hari. Isteri kesayangan saya telah menasihati saya untuk membuat  pemeriksaan doktor secara menyeluruh. Hati saya berdebar-debar apabila doktor memanggil saya untuk memberikan keputusan pemeriksaan lengkap yang telah saya jalani. Hati saya berkata-kata bahawa hari ini 3 September 2013, saya akan mengetahui bahawa penyakit 3 serangkai akan disenaraikan oleh doktor nanti.

 

Syukur ke hadrat Allah, doktor telah mengesahkan saya bebas daripada sebarang penyakit. Akan tetapi doktor telah memberi amaran kepada saya bahawa masalah berat badan yang berlebihan boleh menyumbang kepada masalah kesihatan yang lebih serius. Bertitik tolak daripada itu, saya telah menghubungi seorang doktor muda yang bernama Fiona yang saya kenali secara tidak sengaja semasa beliau merawat isteri saya di sebuah klinik.

 

Beliau telah memperkenalkan CWP kepada saya dan turut menasihati saya supaya mengubah gaya hidup terutamanya dari segi pemakanan dan juga aktiviti fizikal. Sebulan selepas mengamalkan diet CWP secara sederhana iaitu separuh bungkus shake semasa sarapan pagi, makan tengahari seperti biasa tetapi kuantiti dan kualiti adalah lebih terkawal dan seterusnya separuh bungkus shake lagi sebagai makan malam, berat badan saya telah menurun sebanyak 5 kilogram.

 

Pada bulan kedua, saya berasa lebih selesa dengan amalan CWP dan mula berjoging secara perlahan-lahan dalam jarak lebih kurang 1 kilometer selama 30 minit.  Dua minggu kemudian saya berjaya menamatkan larian sejauh 3 kilometer dalam masa 30 minit dan berasa kurang letih. Berat badan saya juga menurun. Di samping mengamalkan CWP, saya juga sekali-sekala makan seperti dahulu terutama semasa majlis kenduri atau ‘family-outing’

 

Setelah 10 bulan mengamalkan CWP berserta dengan gaya hidup sihat, berat badan saya ialah 60 kilogram dan saya bertekad untuk menurunkannya kepada sekurang-kurangnya  58 kilogram dalam masa terdekat. Saya juga dapat menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal dengan lebih cergas. Penampilan diri saya di khalayak lebih positif dan berasa lebih yakin untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja.

 

Kini, saya merasakan bahawa diri saya lebih berkeyakinan dari semua aspek seperti penampilan diri dan perkembangan karier saya sebagai seorang pendidik. Saya merasakan seperti seorang bayi yang baru dilahirkan dan semuanya bermula dengan CWP. Terima kasih Cambridge.

  

 

page  1    2    3