CWP Inspirations (Malaysia) - Hypertension & High cholesterol stories

 

 

Diabetes Hypertension, High cholesterol Slimming OSA Hormone Imbalance Pre-alert Maintainer

 

 

 

 

Sharifah Nadrah Bt Syed Abdullah

Before weight : 73kg

Current weight : 52kg

Year : 2015

 

Consultant: 

Elaine Pang

 

Akhirnya, berat badan saya turun dari 73kg ke 52kg. Keadaan badan sama amat cergas masalah keletihan tidak lagi merunsingkan  , cholesterol saya menurun dan sakit kepala tidak lagi terasa lagi. Suami saya begitu terkejut dengan perubahan diri saya. Cambridge weight plan amat Mendisplin diri saya dan juga menjadikan diri saya lebih KEYAKINAN, KECANTIKAN, KESIHATAN, KEGEMBIRAAN.

 

1. Ibu kepada 4 orang anak
2. Sakit kepala tidak terasa lagi
3. Tulang tak boleh bcouse itu berat sangat
4. Cholesterol menurun
5. Kebas tangan , sakit pinggang tidak lagi teras

 


 

 

 

 

Nur Azylyna Bt Abdul Ghani

Before weight : 91kg

Current weight : 67.2kg

Year : 2014

 

Consultant: 

Alice Thong Teong Hoong

 

Saya, ( NUR AZYLYNA BT ABDUL GHANI) mempunyai masalah kegemukan sejak kecil lagi, mungkin disebabkan keturunan.Ramai di kalangan keluarga saya mempunyai berat badan berlebihan. Saya juga mempunyai penyakit darah tinggi selepas melahirkan anak kedua . Senario berat badan saya adalah seperti berikut:

 

Umur / Tahun

Berat (kg)

12 tahun

60

17 tahun

79

20-24 tahun (penuntut university)

73

25 tahun (berkahwin)

75

26 tahun ( selepas melahirkan anak pertama)

79

29 (selepas melahirkan anak kedua )

83

33 tahun ( selepas melahirkan anak ketiga)

97

2012 hingga 2013( tanpa makan nasi )

91

 

Berbagai-bagai cara telah saya lakukan dan banyak produk saya telah cuba tetapi semua menemui jalan buntu untuk menurunkan berat badan saya. Pernah dalam masa setahun saya tidak menyentuh nasi sama sekali dan berat badan berjaya diturunkan 6kg . Saya juga pernah mendapat rawatan di Slimming Centre dalam tahun 2007 hingga 2012 namun gagal menurunkan berat badan saya. Sebaliknya berat saya telah meningkatkan dari 83 kg hingga 97 kg.

 

Saya mula diperkenalkan dengan CWP pada 29/4/2013 melalui seorang kawan dan berat badan saya berjaya diturun dari 91 kg ke 82.6 kg iaitu dalam masa 2 bulan sahaja. Rakan saya telah memperkenalkan saya dengan consultant Cambridge Weight Plan iaitu Puan Alice Thong dan sejak itu berat saya turun lagi ke 81.7kg. Sekarang berat badan saya telah turun ke 67.2kg(turun 24kg) dan tekanan darah saya telah turun ke tahap normal. Saya tetap meneruskan pengambilan CWP di samping penggunaan spray seperti yang disarankan oleh consultant saya.

 

Selain CWP, saya juga diperkenalkan dengan supplement itu dengan Cholest, Balance, Recall and Retime untuk kesihatan.Akhir sekali, saya telah meneruskan impian saya untuk mencapai berat badan yang ideal dengan pengambilan CWP secara beterusan.  

 


 

 

 

 

Hattriya Bt Budi   Hassan

Before weight : 62kg

Current weight : 52kg

Year : 2014

 

Consultant: Elaine Pang

 

Saya Hattriya Bt Budi Hassan, berumur 27 tahun, Saya menghadapi masalah kolestrol tinggi semasa umur saya 23 tahun, saya tidak mengambil sebarang ubat walaupun doctor memberi saya ubat , saya tidak mahu bergantung dengan ubat kerana usia saya masih muda, Saya kerap sakit kepala, pening pening sampai saya kerap pitam, dan juga saya mempunyai gastric yang teruk, sebelum saya kahwin saya ada mencuba produk perlangsingan, macam macam produk.

 

Saya cuba tetapi tiasa perubahan . Semasa umur saya 25 tahun saya sudah kahwin , berat badan saya naik dari 50kg kepada 61kg , stress dibuatnya saya mengenal produk Cambridge weight plan dari hospital saya bekerja . Pada awalnya saya tidak berani mencuba kerana dah cuba macam macam produk , tidak ada keputusan amat saya tidak memuaskan hati, Tetapi disebabkan masaalah kolestrol tinggi, period tidak teratur , gastric membuatkan saya ingin mencuba.

 

Dalam masa tu keinginan untuk mengandung sangat tinggi, dengan sokongan suami saya terus cuba Cambridge saya mula mengamalkan cambridge dengan membuat sole source plus, saya terkejut berat badan saya turun 4kg dalam masa 2 minggu, VfA 8 Turun kepada 6, saya sangat puas hati dan meneruskankan sole source 2 minggu lagi. Alhamdulilah berat saya turun 3kg, vfa dah capai 5. Saya sangat gembira dalam jangka masa sebulan setengah berat badan saya turun 10 kg .kolestrol tiada, gastric dah elok, Impian saya ingin mengandung tercapai kini.

 

Saya yakin Cambridge Weight Plan adalah produk yang terbaik dan berkesan, badan saya sihat dan bertenaga. Saya masih memgamalkan Cambridge sehari sepackets untuk menambah nutrisi semasa saya mengandung dan semasa berpantang.

 

Terima Kasih Cambridge kembalikan kesihatan saya, terima kasih sokongan daripada Consultant saya Elaine Pang .

Cambridge Weight Plan, Real People, Real Support, Real Result. I love Cambridge !

 


 

   

Noor Aiza Binti Abas

Before weight : 110kg

Current weight : 80kg

Year : 2014

 

Consultant: 

Ruslina Zaharudin

 

Saya Noor Aiza Binti Abas, berusia 43 tahun. Saya adalah ibu kepada 5 anak. Telah diperkenalkan program CWP oleh consultant saya Ruslina Binti Zaharudin pada bulan Oktober 2015. Sebelum saya memulakan program Cambridge Weight Plan, berat saya adalah 110kg. Akibat dari berat badan yang melampau saya mula mempunyai beberapa simptom penyakit, iaitu kolestorol yang tinggi, penyakit sendi, toksin yang tinggi dan hampir terkena Gout, kitaran haid yang tidak teratur. Tanda-tanda simptom penyakit kardiovaskular telah mula kelihatan dari ujian saringan kesihatan yang saya jalani ketika bulan September 2014 yang lalu. Saya telah mula merasa tertekan dengan tahap kesihatan yang membimbangkan disamping berat saya yang semakin hari semakin bertambah.

 

Pada ketika itu, kaki saya telah pun membengkak disebelah kiri dan tidak dapat berjalan dengan betul selama beberapa minggu. Asid urik di dalam darah menjadi tinggi sehingga meningkatkan risiko penyakit gout. Dalam masa yang sama juga saya tidak boleh sembahyang secara normal lagi pada usia yang masih muda akibat kegemukan yang saya alami. Saya terpaksa menggunakan kerusi. Ini adalah kerana sendi pada lutut saya telah membengkak dan teramat sakit. Simptom osteotartritis mula menunjukkan tanda pada bahagian lutut saya.

 

Banyak penyakit telah mula menyerang tubuh badan saya pada ketika itu termasuk juga diserang ruam di bahagian badan yang agak melampau sehingga ianya menjadi gatal. Saya telah merujuk kepada doctor, dan doctor mengatakan toksin didalam tubuh saya terlalu tinggi sehingga ianya keluar dipermukaan kulit. Saya telah diberikan satu suntikan bagi meredakan kegatalan tersebut. Saya sudah mula hilang keyakinan diri untuk keluar bertemu rakan dan berniaga. Ini adalah kerana saya kerap menggaru kerana berpeluh dan tambahan pula pada cuaca yang panas.

 

Dari segi mental pula, saya diberi tekanan yang maha hebat dikalangan rakan-rakan saya iaitu saya digelarkan dengan panggilan “si hormon tak seimbang”. Saya hanya tersenyum walaupun hati saya sakit. Ini adalah cabaran bagi saya untuk menguruskan badan saya semula. Pelbagai kaedah yang telah dilakukan untuk mendapatkan berat badan seperti asal. Antaranya mengawal pemakanan dengan tidak makan malam, tidak mengambil nasi, dan memakan pelbagai jenis produk kurus yang bersepah dipasaran. Tetapi semuanya mengecewakan saya.

 

Tetapi semuanya mula berakhir setelah memulakan program CWP. Saya sangat teruja dengan perubahan pada diri saya dalam masa yang singkat. Berat saya yang pada mulanya mencecah 110kg dan yang terkini telah mula mencecah ke angka 80kg. Saya tidak menjagka saya akan mendapat berat badan seperti ini semula setelah hampir 20 tahun bersaiz XXXL. Yang lebih menyeronokkan, semua penyakit yang bersarang ditubuh saya telah pun turut pulih dengan sendirinya. Inilah satu kepuasan dan nikmat yang tidak ternilai bagi saya. Saya telah pun mengambil keputusan untuk menjadi Kaunselor CWP setelah melihat hasil pada diri saya sendiri dengan jayanya. Saya amat berpuas hati dengan produk Cambridge Weigt Plan yang telah merubah hidup saya semula kepada dunia baru pada usia sebegini. Inilah hasil produk yang terbukti selamat berkesan dan yang penting halal dari segi hukum kepada kami yang beragama Islam. Saya akan berusaha untuk menurukan berat saya sehingga 60 kg dalam tempoh terdekat ini.

 

Terima kasih kepada Consultant saya yang tidak putus-putus memberi perangsang dari segala segi. Ini adalah produk sangat terbaik yang bertaraf lima bintang. Terima Kasih CAMBRIDGE WEIGHT PLAN.  

 

  

page  1    2    3